POLISI PRIVASI PELANGGAN
Kemaskini: 24 th September 2024
SILA BACA POLISI PRIVASI INI DENGAN TELITI. DENGAN MELAWAT LAMAN WEB, KEDAI DALAM TALIAN KAMI DAN MENGKLIK ATAU MENANDAKAN BUTANG "SAYA SETUJU DENGAN TERMA PENGGUNAAN DAN POLISI PRIVASI" DI APLIKASI ZUS, ANDA BERSETUJU DAN MEMBERI KEBENARAN UNTUK PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENDEDAHAN, PENYIMPANAN, PEMINDAHAN, DAN / ATAU PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA UNTUK TUJUAN DAN DI BAWAH TERMA POLISI PRIVASI INI ATAU KENYATAAN YANG SERUPA YANG TERDAPAT DI https://zuscoffee.com/ATAU DALAM PEMBERIAN PERKIHDMATAN ATAU AKSES KEPADA APLIKASI. ANDA JUGA MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA POLISI PRIVASI INI DAN BERSETUJU DAN MEMBERI KEBENARAN UNTUK PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENDEDAHAN, PENYIMPANAN, PEMINDAHAN, DAN/ATAU PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI YANG DIHURAIKAN DALAM TERMA POLISI PRIVASI INI.
Polisi Privasi
Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana Zuspresso (M) Sdn. Bhd. dan Zus Coffee (M) Sdn Bhd (secara kolektif "ZUS Coffee" atau "kami") mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan, memproses, dan/atau mendedahkan ("Memproses") Maklumat Peribadi anda melalui penggunaan laman web ("Laman Web"), kedai taman talian (”Kedai Dalam Talian”) dan aplikasi mudah alih kami ("Aplikasi").
- BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami mengumpul maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon termasuk senarai hubungan dalam peranti mudah alih anda apabila anda memberikan kebenaran kepada kami dalam peranti mudah alih anda, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, jantina, status perkahwinan, tahap pendidikan, nombor pengenalan, maklumat perbankan, butiran kad debit dan kad kredit ("Maklumat Peribadi") apabila anda melayari, mengakses dan / atau menggunakan Laman Web dan / atau Aplikasi kami dan/atau melayari, mengakses dan/atau membuat pembelian di Kedai Dalam Talian kami. Maklumat Peribadi anda juga boleh dikumpul apabila anda menggunakan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan / atau Aplikasi kami termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat internet protocol (IP), istilah atau carian web yang membawa anda ke Laman Web dan Kedai Dalam Talian kami, maklumat lokasi, cap masa, maklum balas, ulasan, penilaian, maklumat transaksi atau maklumat peribadi lain yang mungkin dikumpulkan apabila anda berinteraksi dengan kami melalui halaman berbual secara langsung kami.
- APA YANG KAMI LAKUKAN DENGAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami boleh berhubung dengan anda mengenai kedai kami, produk baru dan yang akan datang, kemas kini, informasi, promosi, dan bahan pemasaran serta tujuan lain yang berkaitan yang mungkin akan dimaklumkan oleh kami kepada anda dari masa ke semasa. Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda juga bersetuju untuk menerima perhubungan terkini melalui pelbagai cara termasuk tetapi tidak terhad kepada e-mel / notifikasi / panggilan / teks / perkhidmatan pesanan ringkas / aplikasi halaman berbual. Jika anda memilih untuk menjadikan tarikh lahir anda (tanpa tahun) umum dan bukan menyembunyikannya sebagai peribadi, maka kami mungkin memaklumkan orang dalam senarai kenalan peranti mudah alih anda bahawa ia adalah hari lahir anda (tanpa mengenal pasti umur tepat anda).
Kami mungkin juga Memproses Maklumat Peribadi yang anda telah berikan kepada kami, atau yang telah diberikan kepada kami atau dikumpulkan oleh kami untuk tujuan lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
-
(a) Memenuhi pesanan pembelian anda;
-
(b) Mengurus keahlian ZUS Coffee Club anda, termasuk rekod ZUS Points dan ganjaran yang layak;
-
(c) Mengurus, menjalankan, atau menguruskan sebarang pertandingan atau promosi yang anda sertai dan berkomunikasi dengan anda berkaitan dengan pertandingan atau promosi tersebut;
-
(d) Memproses dan memberi respons kepada sebarang permintaan maklumat daripada anda;
-
(e) Memperbaiki produk, Laman Web, dan Aplikasi kami;
-
(f) Menghasilkan data, laptoran dan statistik yang telah dianonimkan ataupun dikumpulkan dengan cara yang tidak akan mengenal pasti anda sebagai seorang individu tertentu;
-
(g) Memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi kami dari masa ke semasa;
-
(h) Membuat rekod data yang mengandungi maklumat mengenai anda untuk memahami minat, kehendak, dan keperluan anda;
-
(i) Untuk tujuan perniagaan sah yang lain, termasuk tujuan pengesanan dan pencegahan penipuan, menyelenggara rekod perniagaan, dan mematuhi kewajipan undang-undang kami dan / atau
-
(j) Tujuan lain yang kami mendapati munasabah seperti yang boleh kami tentukan dari semasa ke semasa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
- BAGAIMANA KAMI MENDAPATKAN PERSETUJUAN ANDA?
Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengisian maklumat anda melalui Laman Web, Kedai Dalam Talian dan / atau Aplikasi kami, melengkapkan transaksi, mengesahkan butiran perbankan atau butiran kad kredit anda atau membuat pesanan, mengatur penghantaran atau pemulangan pembelian, anda memberi kebenaran kepada kami untuk Memproses Maklumat Peribadi anda (termasuk sebarang pemindahan Data Peribadi ke sesuatu tempat di luar Malaysia) mengikut Polisi Privasi ini.
Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang permintaan maklumat daripada kami atau apabila diperlukan oleh undang-undang), anda diwajibkan untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami. Kegagalan untuk memberikan Maklumat Peribadi tersebut mungkin menyebabkan kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang diperlukan kepada anda.
Dengan menggunakan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan / atau Aplikasi kami dan memberikan kebenaran seperti yang dinyatakan atas, anda mengesahkan bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan di mana anda seorang dewasa yang membenarkan akses ke Laman Web, Kedai Dalam Talian atau Aplikasi bagi seorang di bawah umur, yang anda adalah ibu bapa, penjaga, atau mempunyai tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada dia, anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk membenarkan mana-mana anak bawah umur anda untuk menggunakan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan / atau Aplikasi kami dan bertanggungjawab atas tindakan mereka. Jika anda belum mencapai umur 18 tahun, sila jangan gunakan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan / atau Aplikasi kami.
- BAGAIMANA KAMI MENDEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada agensi kerajaan, badan pengawalseliaan, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, atau pegawai mahkamah jika dikehendaki oleh undang-undang atau jika anda melanggar Terma Penggunaan kami. Kami juga mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada anak syarikat kami, syarikat berkaitan, entiti yang dikawal bersama, sekutu, penyedia perkhidmatan, dan / atau rakan kongsi perniagaan. Setakat mana Maklumat Peribadi anda dipindahkan atau Diproses di sesuatu tempat luar Malaysia, kami akan menggunakan langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Maklumat Peribadi tersebut. Apabila anda memberikan kebenaran untuk menjadikan tarikh lahir anda (tanpa tahun) umum, kami mungkin akan memaklumkan orang-orang dalam senarai hubungan peranti mudah alih anda bahawa hari jadi anda (tanpa mengenal pasti umur tepat anda ) adalah hari ini. Rakan-rakan anda mungkin mengucapkan selamat hari jadi kepada anda atau membeli Kad Hadiah ZUS untuk anda.
Secara amnya, penyedia pihak ketiga atau vendor yang digunakan oleh kami hanya akan mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan maklumat anda setakat yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada kami.
Namun, penyedia perkhidmatan pihak ketiga tertentu atau vendor tertentu, seperti platform e-commerce, gerbang pembayaran dan pemproses transaksi pembayaran lain, mungkin mempunyai polisi privasi mereka sendiri berkaitan maklumat yang kami perlu berikan kepada mereka untuk transaksi pembelian anda.
Untuk penyedia tersebut, kami mengesyorkan agar anda membaca polisi privasi mereka supaya anda boleh memahami cara Maklumat Peribadi anda akan dikendalikan oleh penyedia tersebut. Khususnya, perlu diingat bahawa beberapa penyedia mungkin terletak di bidang kuasa yang berbeza daripada anda atau kami. Jadi jika anda memilih untuk meneruskan transaksi yang melibatkan perkhidmatan penyedia pihak ketiga, maka maklumat anda mungkin tertakluk kepada undang-undang bidang kuasa di mana penyedia perkhidmatan tersebut atau
kemudahannya berada. Setelah anda meninggalkan Laman Web kami atau dihalakan ke laman web atau aplikasi pihak ketiga, anda tidak lagi tertakluk kepada Terma Penggunaan kami, dan Polisi Privasi ini hanya akan digunakan berkenaan dengan Pemprosesan Maklumat Peribadi anda (dan bukan sebarang aktiviti pemprosesan yang dilakukan oleh pihak ketiga).
Apabila anda mengklik pautan di Laman Web kami, anda mungkin diarahkan keluar dari Laman Web kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kaedah privasi laman web lain dan menggalakkan anda agar membaca polisi privasi mereka.
Jika mana-mana kedai kami diperoleh, digabungkan, dijual, atau memasuki usahasama, penyatuan, penstrukturan, pembiayaan, atau sebarang jenis transaksi perniagaan lain dengan syarikat lain, maklumat anda mungkin dikongsi atau dipindahkan kepada pihak ketiga lain untuk tujuan usaha sama, penyatuan, penstrukturan semula, pembiayaan, atau sebarang jenis transaksi perniagaan lain.
BAGAIMANA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami hanya akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selama ia diperlukan untuk tujuan Polisi Privasi ini dan setakat mana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Apabila kami tidak lagi memerlukan Maklumat Peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memadam, menghapus, memusnahkan, menganonimkan atau menghalang akses kepada atau penggunaan Maklumat Peribadi anda.
-
BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Untuk melindungi Maklumat Peribadi anda, kami mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan mengikuti amalan terbaik dan standard industri. Ini termasuk langkah - langkah untuk memastikan Maklumat Peribadi anda tidak hilang, disalahgunakan, diakses, didedahkan, atau diubah secara tidak sewajarnya, atau tidak dimusnahkan. Semua maklumat di laman web kami dienkripsi menggunakan secure soket layer technology (SSL) dan disimpan dengan enkripsi AES-128. Walaupun tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau penyimpanan elektronik yang 100% selamat, kami mematuhi semua keperluan PCI-DSS dan melaksanakan amalan serta standard industri terbaik tambahan yang diterima secara umum.
-
BAGAIMANA KAMI MENGURUSKAN COOKIE?
Cookies adalah sejumlah kecil data, yang selalunya termasuk pengecam unik tanpa nama di samping maklumat lain, yang dihantar dan disimpan dalam komputer atau peranti mudah alih anda dalam emel dan/atau notifikasi yang kami hantar kepada anda di Laman Web, Kedai Dalam Talian dan/atau Aplikasi kami. Cookies diperlukan untuk menggunakan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan/atau Aplikasi kami. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan Maklumat Peribadi yang mereka kumpul dengan maklumat peribadi lain yang mereka ada tentang anda dari sumber lain. Kami tidak semestinya mempunyai akses kepada atau kawalan ke atas cookies yang mereka gunakan. Anda berhak untuk memilih untuk mematikan, menyekat, atau menyahaktifkan cookies. Harap maklum bahawa penolakan atau penghapusan beberapa cookies mungkin mempengaruhi ketersediaan, fungsi, atau penggunaan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan Aplikasi kami.
-
HAK ANDA
Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan/atau membetulkan Maklumat Peribadi anda (termasuk Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan orang lain yang mungkin dikenalpasti daripada Maklumat Peribadi yang anda berikan) dan/atau mengehadkan pemprosesannya pada bila-bila masa mengikut undang-undang yang berkenaan. Kami berhak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan yang dinyatakan di bawah undang-undang.
Anda juga boleh menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di support@zuscoffee.com atau melalui telefon di +603 2935 9718 atau +6012 816 1340 (Whatsapp sahaja)..Setelah anda memilih untuk menarik balik kebenaran anda, kami akan berhenti Memproses Maklumat Peribadi anda, melainkan Pemprosesan tersebut diperlukan atau dibenarkan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Jika kami memproses maklumat anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda mempunyai hak untuk membantah pada bila-bila masa terhadap Pemprosesan tersebut. Jika anda membantah Pemprosesan untuk tujuan pemasaran langsung, kami tidak akan lagi Memproses Maklumat Peribadi anda untuk tujuan tersebut.
Anda boleh merahsiakan dan menetapkan tarikh lahir anda (tanpa tahun) peribadi melalui tetapan Profil dalam Aplikasi. Sila lihat langkah-langkah di bawah:
Kami hanya akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selama ia diperlukan untuk tujuan Polisi Privasi ini dan setakat mana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Apabila kami tidak lagi memerlukan Maklumat Peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memadam, menghapus, memusnahkan, menganonimkan atau menghalang akses kepada atau penggunaan Maklumat Peribadi anda.
- BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Untuk melindungi Maklumat Peribadi anda, kami mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan mengikuti amalan terbaik dan standard industri. Ini termasuk langkah - langkah untuk memastikan Maklumat Peribadi anda tidak hilang, disalahgunakan, diakses, didedahkan, atau diubah secara tidak sewajarnya, atau tidak dimusnahkan. Semua maklumat di laman web kami dienkripsi menggunakan secure soket layer technology (SSL) dan disimpan dengan enkripsi AES-128. Walaupun tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau penyimpanan elektronik yang 100% selamat, kami mematuhi semua keperluan PCI-DSS dan melaksanakan amalan serta standard industri terbaik tambahan yang diterima secara umum.
- BAGAIMANA KAMI MENGURUSKAN COOKIE?
Cookies adalah sejumlah kecil data, yang selalunya termasuk pengecam unik tanpa nama di samping maklumat lain, yang dihantar dan disimpan dalam komputer atau peranti mudah alih anda dalam emel dan/atau notifikasi yang kami hantar kepada anda di Laman Web, Kedai Dalam Talian dan/atau Aplikasi kami. Cookies diperlukan untuk menggunakan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan/atau Aplikasi kami. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan Maklumat Peribadi yang mereka kumpul dengan maklumat peribadi lain yang mereka ada tentang anda dari sumber lain. Kami tidak semestinya mempunyai akses kepada atau kawalan ke atas cookies yang mereka gunakan. Anda berhak untuk memilih untuk mematikan, menyekat, atau menyahaktifkan cookies. Harap maklum bahawa penolakan atau penghapusan beberapa cookies mungkin mempengaruhi ketersediaan, fungsi, atau penggunaan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan Aplikasi kami.
- HAK ANDA
Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan/atau membetulkan Maklumat Peribadi anda (termasuk Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan orang lain yang mungkin dikenalpasti daripada Maklumat Peribadi yang anda berikan) dan/atau mengehadkan pemprosesannya pada bila-bila masa mengikut undang-undang yang berkenaan. Kami berhak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan yang dinyatakan di bawah undang-undang.
Anda juga boleh menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di support@zuscoffee.com atau melalui telefon di +603 2935 9718 atau +6012 816 1340 (Whatsapp sahaja)..Setelah anda memilih untuk menarik balik kebenaran anda, kami akan berhenti Memproses Maklumat Peribadi anda, melainkan Pemprosesan tersebut diperlukan atau dibenarkan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Jika kami memproses maklumat anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda mempunyai hak untuk membantah pada bila-bila masa terhadap Pemprosesan tersebut. Jika anda membantah Pemprosesan untuk tujuan pemasaran langsung, kami tidak akan lagi Memproses Maklumat Peribadi anda untuk tujuan tersebut.
Anda boleh merahsiakan dan menetapkan tarikh lahir anda (tanpa tahun) peribadi melalui tetapan Profil dalam Aplikasi. Sila lihat langkah-langkah di bawah:
-
PINDAAN
Kami berhak mengubah, mengemas kini atau meminda Polisi Privasi ini pada bila-bila masa, jadi sila semak ia dengan kerap. Perubahan, pengemaskinian atau pindaan akan berkuat kuasa serta-merta selepas dipaparkan di Laman Web, Kedai Dalam Talian dan/atau Aplikasi kami. Penggunaan berterusan Laman Web, Kedai Dalam Talian dan/atau Aplikasi kami akan dianggap sebagai kebenaran anda kepada, dan persetujuan untuk terikat dengan, pindaan tersebut.
- BAGAIMANA ANDA BOLEH HUBINGI KAMI?
Jika anda ingin membuat pertanyaan atau ingin menggunakan hak anda di bawah Polisi Privasi ini atau jika anda mempunyai sebarang aduan lanjut, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di support@zuscoffee.com atau melalui telefon di +603 2935 9718 atau +6012 816 1340 (WhatsApp sahaja).